Home > Case Law Studies > HIROSHI IWABUCHI LWN. PP MAHKAMAH TINGGI [KUALA LUMPUR] MOHD GHAZALI MOHD YUSOFF, H RAYUAN JENAYAH BIL: 42-33-2000 9 JUN 2002 (MALAYSIA)

HIROSHI IWABUCHI LWN. PP MAHKAMAH TINGGI [KUALA LUMPUR] MOHD GHAZALI MOHD YUSOFF, H RAYUAN JENAYAH BIL: 42-33-2000 9 JUN 2002 (MALAYSIA)

HIROSHI IWABUCHI LWN. PPMAHKAMAH TINGGI [KUALA LUMPUR]MOHD GHAZALI MOHD YUSOFF, HRAYUAN JENAYAH BIL: 42-33-20009 JUN 2002

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN

RAYUAN JENAYAH BIL: 42-33-2000

HIROSHI IWABUCHI

LAWAN

PENDAKWA RAYA

ALASAN PENGHAKIMAN

Perayu, seorang warga negara Jepun telah didakwa dihadapan mahkamah sesyen dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut:-

Pertuduhan pertama

Bahawa kamu, pada 19hb November 1999, di antara jam lebih kurang 12.01 pagi hingga 4,00 pagi di dalam sebuah bilik nombor 1523, di Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail, dalam daerah Dang Wangi, dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah merogol Chai Lai Mun KP: 721126-14-5038 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.”

Pertuduhan pilihan

“Bahawa kamu, pada 19hb November 1999, di antara jam lebih kurang 12.01 pagi hingga 400 pagi di dalam sebuah bilik nombor 1523, di Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail, dalam daerah Dang Wangi, dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menggunakan kekerasan jenayah kepada Chai Lai Mun KP: 721126-14-5038 dengan niat untuk mencabul kehormatannya dan oleh yang demikian itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.”

Perayu telah minta dibicarakan dan di akhir kes pendakwaan, ia telah dilepaskan dan dibebaskan atas pertuduhan pertama itu. Walau bagaimanapun, ia telah diarahkan membela diri atas pertuduhan alternatif itu. Di akhir kes pembelaan, perayu telah didapati bersalah dan disabitkan atas tuduhan alternatif itu. Hakim mahkamah sesyen (“hakim perbicaraan”) telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 8 tahun bermula dari tarikh tangkap, iaitu, 22 November 1999 dan 10 sebatan. Perayu terkilan dengan sabitan dan hukuman itu dan berikutnya merayu ke Mahkamah Tinggi. Saya telah menolak rayuannya tentang sabitan dan hukuman pemenjaraan tetapi telah mengurangkan hukuman sebatan yang dijatuhkan dari 10 sebatan ke 3 sebatan. Terhadap keputusan itu perayu merayu ke Mahkamah Rayuan.

Fakta kes menunjukkan mangsa (SP3) yang berumur 37 tahun, bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat yang bernama Inchipi (M) Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan sebagai ejen membekalkan pekerja-pekerja. Ia telah berkahwin dengan seorang warga negara Jepun bernama Kenichiro Sugita (SP4) dan mereka dikurniakan dengan seorang anak. Inchipi (M) Sdn Bhd membekalkan pekerja kepada syarikat di mana perayu berkhidmatdan SP3 pernah menemuinya sebanyak tiga kali bagi urusan perniagaan.

Pada 18 November 1999 SP3 telah mengaturkan majlis makan malam atas permintaan perayu di sebuah restoran cina bernama Golden Phoenix di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur, ia telah menempahkan dua meja. Ia juga dijemput oleh perayu untuk menghadiri majlis itu yang bermula pada jam lebih kurang 7.30 malam. SP3 membawa dua botol wain ke majlis itu dan ada minum dua gelas wain dan juga dua atau tiga gelas bir selain dari teh cina.

Setelah majlis bersurai pada jam lebih kurang 10.45 malam, perayu telah mempelawa SP3 dan satu Roslan bin Yahya (“Roslan”) untuk beristirehat di “The Pub” di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur (“hot I itu”). Dalam keterangannya SP3 menyatakan ia tidak tahu bahawa perayu menginap di hotel itu. Ia menjelaskan ia menerima pelawaan perayu atas alasan ia rasa bersalah kerana perayu tidak berpuas hati dengan majlis makan malam itu yang diaturkan olehnya. Roslan juga menerima pelawaan perayu. Semasa mereka beristirehat di “The Pub”, SP3 menyatakan ia telah minum tiga gelas minuman keras dan kemudiannya telah pergi ke tandas. Ia telah sambung minum selelah ke tandas dan selepas beberapa minit kemudian, telah tidak sedarkan diri.

Apabila ia sedar pada jam lebih kurang 4.00 pagi, iaitu, pada 19 November 1999, ia mendapati ia berada di atas sebuah katil dan tidak berpakaian. Ia melihat perayu juga berada dalam bilik itu. Perayu sedang duduk di atas sofa dalam keadaan telanjang dan sedang merokok. SP3 telah kemudiannya mengambil satu jubah tuala dan pergi ke bilik air bilik itu. Di bilik air ia mendapati darah sedang meleleh daripada bahagian bawah badannya. Ia telah membuang air kecil dan mendapati banyak darah meleleh. SP3 kemudiannya hanya membasuhkan kakinya kerana ia mendapati ada kecederaan di bahagian kemaluannya. Ia kemudian keluar dari bilik air itu dan meminta perayu pakaiannya yang ia gagal mengesan sebelum itu. Seterusnya ia bertanya perayu apa yang beliau telah buat kepadanya. Apabila perayu tidak menjawab, ia telah beredar dari bilik itu dan terus turun ke lobi hotel itu. Ia telah mencuba mendapatkan teksi tetapi gagal dan berikutnya telah menalipon SP4, iaitu, suaminya melalui telefon bimbitnya untuk menjemputnya. Pada jam lebih kurang 5.00 pagi hari yang sama, SP4 tiba di hotel itu dan terus membawa SP3 pulang. SP3 telah memberitahunya ia didatangi haid dan mabuk dan telah tidur di “The Pub”.

Tiba di rumah SP3 telah tidur dan bangun pada jam 11.00 pagi. Ia telah pergi ke bilik air untuk membuang air kecil dan melihat darah masih meleleh dan berasa sakit di bahagian kemaluan dan duburnya. Ia telah mengambil cermin untuk melihat dan mendapati bahagian-bahagian itu merupai “daging cincang”. Pada jam lebih kurang 11.30 pagi hari yang sama, iaitu, 19 November 1999 ia telah pergi ke sebuah klinik yang bernama Klinik Reddy dan berjumpa dengan satu Dr Soong. Setelah memberitahu Dr Soong bahawa ia telah dirogol dan dicederakan, doktor itu menyuruhnya pergi ke Hospital Tawakkal dan berjumpa dengan seorang gynaecologist bernama Dr Foong. Di Hospital Tawakkal, setelah menjalankan pemeriksaan, Dr Foong telah memintanya berjumpa satu Dr Tham di hospital yang sama dan berikutnya telah di masukkan ke wad untuk dirawat.

SP3 kemudiannya menghubungi SP4 dan memberitahu ia sedang dirawat di hospital itu. Ia telah juga menelefon perayu dan bertanya sekali lagi apa yang beliau telah buat kepadanya. Perayu telah menjawab bagaimana ia boleh menolong dan kemudiannya meletakkan telefon. Pada jam lebih kurang 7.00 malam pada hari yang sama, pihak hospital telah menjalani pembedahan ke atas SP3. Berikutnya ia telah dimaklum oleh satu Dr Lee (SP14) bahawa ada koyakkan besar di bahagian kemaluannya dan duburnya dan kedua-dua bahagian itu hampir tercantum dan ia hampir maut. SP14 juga memaklum apa yang telah dilakukan terhadapnya adalah tidak menurut tabiat. SP3 telah seterusnya menghubungi Shigeru Matsuo (SP5) yang juga mengenali perayu dan memberitahu ia telah dirogol oleh perayu. Berikutnya SP4 bersama dengan SP5 melawat SP3 di hospital dan setelah SP4 diberitahu tentang kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis pada 20 November 1999.

Dalam keterangannya, Raja Muhammad (SP7) yang berkhidmat dengan hotel itu semenjak 15 Januari 1997 menyatakan pada 18 November 1999 ia bertugas sebagai kapten di “The Pub”. Pada jam 11.00 malam pada tarikh itu, ia melihat Roslan, yang ia kenali, datang ke “The Pub” dengan perayu dan SP3. Mereka berada di situ selama satu hingga satu jam setengah dan ada memesan minuman. Roslan minum air suam dan SP3 minum gin tonik, wain merah, Tia Maria dan juga coke. Pada mulanya SP3 hendak membayar bil minuman itu dan memberi kad kreditnya tetapi perayu telah menandatangani bil itu atas namanya dan biliknya di hotel itu bernombor 1523. Selepas meminta bil SP3 telah pergi ke tandas. Berikutnya ia telah memulangkan kad kredit SP3. Pada jam lebih kurang 1.00 pagi SP3 dan perayu telah beredar dari situ. SP3 dan perayu sedang berpeluk-pelukan sambil berjalan dan berbual-bual. Ia berpendapat SP3 dalam keadaan mabuk dan gembira. Walau bagaimanapun ia tidak nampak kemana mereka pergi.

Yukako Ito (SP12) yang bertugas di hotel itu sebagai pegawai perhubungan pelanggan menyatakan ia telah berkhidmat dengan hotel itu selama 1 tahun 9 bulan dan tugasnya, antara lain, adalah untuk melayan pelanggan Jepun dan membantu mereka. Ia menyatakan pada 10 November 1999 jam lebih kurang 8.00 malam perayu telah datang seorang diri untuk menempah bilik di hotel itu. Ia telah mendaftarkan perayu dan menempatkannya di bilik No. 1523. Perayu diberi satu kunci bilik sahaja. Ia berkenalan dengan perayu kerana beliau pernah menginap di hotel itu beberapa kali sebelum itu.

Dalam keterangannya, SP4, iaitu, suami SP3 yang berkhidmat dengan sebuah syarikat tempatan bernama Nichei (M) Sdn Bhd selaku pengarah urusannya menyata ia telah berkahwin dengan SP3 selama 2 tahun 2 bulan pada tarikh perbicaraan ia tahu SP3 telah pada 18 November 1999 pergi ke majlis makan malam tersebut ia berkenalan dengan perayu semenjak bulan Oktober 1999 sebab perayu juga merupakan pelanggan syarikatnya. SP4 menyatakan pada 19 November 1999 jam lebih kurang 4.00 pagi ia ada menerima panggilan telefon daripada SP3 dan berikutnya telah pergi ke hotel itu untuk menjemputnya. Tiba di sana ia telah memarahi SP3. Setelah mendapati darah di lututnya ia bertanya SP3 sama ada beliau telah dirogol. SP3 telah menjawab ia telah didatangi haid. SP3 telah memaklumkan selepas majlis bersurai ia telah pergi ke hotel itu dengan perayu dan Roslan. Tiba di rumah, SP3 telah menanggalkan pakaiannya dan terus tidur. Ia mendapati darah dicelah kaki SP3 dan terus mengambil tuala basah untuk membersihkan kesan darah itu. Pada hari yang sama, iaitu, 19 November 1999, di antara jam 12.00 tengah hari dan 4.30 petang, SP3 telah menghubunginya melalui telefon dan memaklumkan ia berada di hospital dan dimasukkan ke wad kerana pihak hospital hendak menjalankan pembedahan ke atasnya. Pada keesokannya ia telah dimaklum oleh SP3 tentang apa yang telah berlaku di hotel itu dan atas nasihat peguamnya telah pergi ke balai polis dan bertemu satu Cif Inspektor Tan (SP15). SP15, selaku pegawai penyiasat kes, telah kemudiannya bertemu SP3 di Hospital Tawakkal dan mengambil laporannya (ekshibit P.7).

Dalam keterangannya, Matsuo Shigeru (SP5) menyata ia tiba di Malaysia pada 18 Oktober 1999. Perayu merupakan rakan sekerja di dalam syarikat yang sama. Ia juga berkenalan dengan SP3 yang mempunyai perhubungan urusan dengan syarikat di mana ia bekerja. Pada 18 November 1999 ia hadir di majlis makan malam tersebut bersama SP3 dan perayu. Selepas majlis bersurai ia telah pulang ke biliknya di Hotel Hilton. Pada 20 November 1999 ia telah menerima panggilan telefon dari SP3 dan seterusnya melawatnya di Hospital Tawakkal. SP3 telah memaklumkan ia telah dirogol. Pada hari yang sama jam lebih kurang 3.00 petang ia telah bertemu dengan SP4 dan telah memaklumkan tentang apa yang dicerita kepadanya oleh SP3.

Dalam keterangannya Dr Lee Sin Hong (SP14), yang berkhidmat sebagai doktor bedah di Hospital Tawakkal, menyatakan ia telah menjalankan pemeriksaan ke atas SP3 pada 19 November 1999 jam lebih kurang 7.30 malam di bilik pembedahan hospital itu. Masa itu SP3 di bawah pembiusan Ia menyata:

“SP3 telah berjumpa dengan consultant gynaecologist Dr Tham who was doing an operation on her for vaginal injury and half-way through the operation Dr Tham realised that he was unable to handle the degree of injury because the injury seem to involve the rectum as well so Dr Tham called me to assist in the repair of this injury.

Saya periksa seperti diminta di operating theatre. Bila saya periksa injury SP3 dia ada 2 injury – 1 laceration at about 7.00 o’clock position in the vagina. This laceration went to through the whole thickness of the vagina and extends further 15 cm into the vagina and cuts through posterior fornix – and then curve around to the front of the cervix.

The second injury was at the back of the wall of the vagina at 5 o’clock position. This was a deep laceration cutting through the vagina into the rectum. There is also a similar tear in the rectum connecting the rectum with the vagina and tearing all the splinter muscle of the rectum.

Pada pendapat saya kecederaan dilakukan oleh kemasukkan “blunt object” with great force. Kemaluan lelaki boleh mengakibatkan kecederaan ini. I do not think it is likely to occur in normal sexual intercourse because there seem to be 2 different injuries. The longer tear will require a blunt object with a lot of force pushing top end of vagina to cause such a long tear Normal sexual intercourse is not enough. The 2nd laceration which tore through rectum to the vagina was in a position of 2 cm from the “introus” (vagina opening). This can only be caused by something tearing through with great force at an angle perpendicular to vagina wall.

The injury will cause extensive degree of pain. It is unlikely a conscious person can withstand this degree of pain.

Both the injuries can cause profuse bleeding. Kecederaan ini tidak boleh akibat menstruation. Jika tidak rawat pesakit akan develop infection in the whole “abdominal cavity and may die from this injury.

After examining the injury I repaired the rectum and reconstructed the spinchtermuscle and repairing the laceration in the vagina.

The longer laceration needed “debritement” meaning “timing” & “glancing” and then repair the vagina. “

SP14 menjelaskan kecederaan sedemikian boleh disebabkan oleh mana-mana jenis objek yang merupai batang atau tongkat yang hujungnya tumpul. Semasa ia membuat pemeriksaan ke atas SP3, ia mendapati vagina SP3 telah terkoyak seluruhnya. Berikutnya ia menyatakan:

“Mengeluarkan IUD tidak boleh mengakibatkan kecederaan seperti ini. Pada 20.11.99 it is unlikely the result of blood test for drug was negative because anaesthetic was administered. The patient related the history on 20.11.99. A fall can cause the injury but it is unlikely because the fall should have been on a rod-like object which is positioned at the vaginal entrance otherwise she should have some other associated injuries. She must have fallen twice on the same object at 2 angles to result in 2 separate injuries.”

“These injuries are unlikely to be caused by a normal male organ. There must be other equipment, instrument or apparatus used.”

SP13, seorang ahli kimia forensik dengan Jabatan Kimia, Petaling Jaya menyatakan pada 26 November 1999 ia telah menerima beberapa barang dari pihak polis termasuk beberapa pakaian SP3, tuala, sarung bantal dan penutup tilam yang mana ada kesan darah untuk menjalankan analisa DMA (Deoxyribo Nucleic Acid). Ia juga dibekalkan sampel darah SP3 dan perayu. Ia mengesahkan darah yang terdapat di atas barangan itu adalah darah SP3. Ia tidak mengesan darah atau bekas air mani perayu dari barangan itu. Ia menyata:

I also carried out statistical evaluation and found that the probability of an unrelated person having the same DNA profile as that develop from blood stain is 1 in approx 5.2 billion.”

“I found the DNA profiles obtained from the seminal stain from 3 areas analysed on the mattress cover (envelope ‘H’) did not match each other and they also did not match the DNA profile obtained from blood specimen ‘K’ labelled Hiroshi Iwabuchi. These results indicated that the seminal stains on mattress cover did not originate from blood specimen ‘K’ and were from 3 different sources.”

Dalam keterangannya Foong Suen Ming (SPG) yang bertugas sebagai Pengurus “Guest Service” di hotel itu menyatakan pada 20 November 1999 jam lebih kurang 4.00 petang, ia dikunjungi oleh satu pasukan polis yang diketuai oleh SP15. Ia telah membawa mereka ke bilik No. 1523 dan mendapati bilik itu berselerak dan ada kesan berwarna merah di cadar dan kesan darah di pemaidani dan di tuala mandi dalam bilik air. Pihak polis telah merampas satu sarung bantal, satu pelindung katil, satu cadar, dua tuala mandi, tiga buku lucah dan satu paket kondom. Pihak polis telah menyediakan satu borang rampasan dan ia telah menandatangani borang itu. SP6 menyatakan menurut rekod hotel, perayu menempah bilik pada 10 November 1999 dan ditempatkan di bilik No. 1523 dan dijangka akan tinggal di hotel itu selama 45 hari.

Mary Filomin (SP9) yang bertugas di hotel itu sebagai “housekeeping room attendant” menyatakan pada 19 November 1999 jam lebih kurang 10.00 pagi ia telah masuk ke bilik No. 1523 itu untuk mengemasnya. Masa itu tiada orang ada dalam bilik itu. Oleh kerana ia melihat kesan darah di cadar yang berada di atas lantai dan juga kesan darah bersama kesan kaki atas pemaidani, ia tidak membersihkan bilik itu. Kemudiannya ia telah sekali lagi memasuki bilik No. 1523 itu bersama penyelia hotel itu (SP10) dan di bilik air bilik itu mendapati kesan darah dalam kolam mandi dan di jubah tuala dan juga di atas lantai bilik air itu. SP10 mengesahkan ia ada memeriksa bilik itu dan melihat ada banyak tompokan darah di atas katil dan juga di atas bantal. Di atas pemaidani menghala ke bilik air bilik itu ia melihat ada tompokan darah juga dan di bilik air adanya banyak tuala yang berkesan darah. Ia telah melaporkan kepada orang atasannya.

SP15 menyatakan pada 20 November 1999 jam 8.00 malam ia telah bertemu dengan SP3 di hospital dan beliau telah membuat laporan. Ia menangkap perayu pada 22 November 1999 jam 10.15 malam di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tan Hooi Tao (SP16) yang bekerja dengan Security Marketing Sdn Bhd menyatakan dalam tahun 1996 syarikatnya telah membekalkan sistem penguncian “keycard” sistem di hotel itu. Rekod dalam sistem penguncian itu menunjukkan pada kali terakhir “guest card user ID No. 5540” digunakan untuk bilik No. 1523 itu adalah pada 19 November 1999 jam 1.00 pagi.

Di penutup kes pendakwaan, hakim perbicaraan berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuat satu kes prime facie atas pertuduhan alternatif itu, iaitu, bahawa perayu telah menggunakan kekerasan jenayah kepada SP3 dengan niat hendak mencabul kehormatannya yang mana adalah kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun keseksaan dan oleh itu telah memanggil perayu memasukkan pembelaannya. Dalam pembelaannya perayu memberi keterangan seperti berikut:-

(1) Ia bekerja sebagai pengurus projek dengan sebuah syarikat tempatan bernama Tepsco (M) Sdn Bhd mulai 10 November 1999. Ia akui ia hadir di majlis makan malam yang diadakan di restoran cina di Hotel Equatorial itu pada 18 November 1999 tetapi menjelaskan Matsuo (SP5) yang mengaturkan majlis itu dan SP5 telah menjemput SP3. Di majlis makan malam tersebut ia telah minum 4 atau 5 gelas bir dan juga 3 atau 4 gelas wain.

(2) Setelah majlis bersurai ia telah beredar dari restoran cina itu dan semasa ia berada di lobi Hotel Equatorial itu, ia terjumpa Roslan dan SP3. Ia telah menjemput Roslan ke Hotel Shangri-La untuk bincang hal kerja. SP3 telah terdengar perbualan mereka dan menyatakan ia hendak ikut bersama.

(3) Tiba di Hotel Shangri-La itu, pada jam lebih kurang 11.00 malam, atas cadangan SP3, mereka telah pergi ke “The Pub”. Roslan pesan air panas limau dan SP3 minum gin dan tonik sementara ia meminum Guiness Stout dan juga wain merah. Mereka telah beredar dari “The Pub” di antara jam 12.30 pagi ke 12.45 pagi. Ia telah menandatangani bil minuman itu atas namanya dan mencatatkan nombor biliknya di hotel itu.

(4) Semasa mereka keluar dari “The Pub”, ia telah berpelukan dengan SP3 dan telah pergi ke lobi hotel itu. Roslan telah beredar dari situ dan seterusnya ia telah mengambil begnya yang tersimpan di kaunter hotel itu untuk membawa ke biliknya. Setelah ia mengutip begnya ia melihat SP3 sedang berbual dengan dua orang lelaki cina yang ia tidak kenali di lobi hotel itu. Ia seterusnya balik ke biliknya pada jam lebih kurang 1.00 pagi. Sebelum ia balik ke biliknya, SP3 tidak pula datang berjumpanya atau mengikutnya ke biliknya.

(5) Tiba di biliknya ia telah semak jadual kerjanya pada keesokannya dan seterusnya menanggal kesemua pakainnya dan selepas mandi telah tidur secara berbogel. Sebelum ia tidur ia tidak pasti pintu biliknya ditutup atau tidak tetapi ia telah biarkan satu lampu menyala.

(6) Pada jam lebih kurang 3.30 pagi ia rasa tak sihat dan telah bangun. Ia menyatakan:

“Selepas bangun saya rasa mimpi ada orang berdiri depan saya tetapi lepas itu saya nampak betul ada orang berdiri depan saya. Pada masa itu saya tak nampak siapa orang itu. Saya rasa terkejut dan saya bangun dan pasang lampu. Saya nampak Miss Yen tidak pakai baju tidur di tepi saya. Miss Yen dalam keadaan bogel (katakan) saya terkejut mengapa Miss Yen ada di tepi saya. Saya turun dari katil dan saya pakai bath robe dan ambil bed sheet dan cover Miss Yen. Saya kejutkan Miss Yen untuk tanya Miss Yen kenapa dia berada disitu tetapi ia tidak bangun.”

“Di bilik itu ada satu katil King Size. Saya merasa hendak merokok dan saya pun duduk atas sofa dan merokok. Masa merokok Miss Yen bangun. Saya ingat nak tanya kenapa ia berada disini dan saya tanya. Ia kata di lobby dia pergi minum dengan 2 orang lelaki itu di luar tetapi tak kata Diana. Saya ada tanya Miss Yen macam mana ia masuk bilik saya.”

“Miss Yen kata pintu itu terbuka oleh itu ia boleh masuk. Miss Yen beritahu pukul 3.00 pagi ada 2 lelaki Cina pergi minum di luar dengan Miss Yen. Miss Yen rasa sudah lewat jadi ia datang ke bilik saya. Masa itu Miss Yen dalam keadaan biasa. Saya tanya Miss Yen kenapa ia terus tidur di katil, Miss Yen kata ia letih dan lewat dan oleh itu ia tidur di katil. Saya ada tanya Miss Yen tentang pakaiannya dan ia cakap ia masuk dalam bilik rasa panas dan ada muntah dan baju kotor oleh itu ia tanggal pakaian. Miss Yen buka bajunya sendiri.”

“Miss Yen letak pakaiannya di kerusi dan ia minta baju diberi kepadanya. Kami berada dalam bilik. Selepas saya serah baju kepadanya Miss Yen masuk dalam bilik air dan pakai pakaiannya. Miss Yen pergi ke bilik air dengan jalan biasa. Pakaian saya serah kepadanya baju hitam.”

“Semua sekali diserah kepada Miss Yen. Panties berada di atas baju, bra juga ada di atas baju. Masa saya serah Miss Yen berada di tepi katil. Saya tidak boleh ingat ada berapa lama dalam bilik air. Perbualan saya dengan Miss Yen dalam Japanes dan Inggeris. Masa Miss Yen pergi ke bilik air saya nampak ada darah atas katil.”

“Saya pun tidak kata apa-apa. Selepas Miss Yen pakai pakaian ia balik dan saya kata saya akan hantar ke tempat parking kerana masa itu 4.00 pagi lebih. Tempat parking saya tidak tahu Miss Yen yang kata ia letak kereta di Car Park. Miss Yen kata ia boleh pergi sendiri ke Car Park.”

“Masa Miss Yen bual dengan saya secara biasa. Miss Yen tidak complaint sakit. Miss Yen keluar bilik saya 4.00 lebih pagi. Miss Yen boleh jalan dengan biasa. Selepas Miss Yen keluar saya naik katil dan tidur. Saya bangun pukul 8.00 pagi.”

“Sebelum Miss Yen keluar dari bilik ke Car Park ia kata minta maaf saya masuk ke bilik kamu tanpa kebenaran dan selepas itu ia cium saya di pipi.”

Perayu mendesakkan ia “ada nampak ada orang berdiri dan bukan mimpi masa saya bangun pukul 3.00 pagi”. Ia kemudian menafikan ia mencederakan SP3 dan mengesahkan SP3 tidur disebelahnya dalam keadaan bogel tanpa pengetahuannya. Semasa ia diperiksa balas, perayu setuju masa ia keluar dari the Pub” dengan SP3 mereka berpelukan. Walau bagaimanapun ia/tidak setuju mereka mabuk dan tidak stabil kerana telah minum banyak. Kemudiannya ia menyatakan mereka berpelukan semasa keluar dari “The Pub” kerana ia telah minum banyak dan ia tidak tahu apa mereka buat selepas itu. Apabila disoal selanjutnya perayu menyatakan:-

“Dari pub saya sahkan saya pergi ke lobby bersama Miss Yen. Saya tidak setuju saya minum banyak dan tidak tahu apa yang saya buat.”

Perayu tidak bersetuju dengan cadangan pegawai pendakwa bahawa pintu biliktertutup dengan sendiri selepas ia masuk. Ia kemudian menafikan ia ada melihat seseorang berdiri dihadapannya semasa ia terjaga pada jam 3.30 pagi dan menyatakan ia ternampak SP3 sedang tidur disebelahnya apabila ia terjaga pada masa itu. Ia melihat SP3 tidak berpakaian dan tidak nampak darah berlumuran ketika itu. Ia ada cuba mengejutkan SP3 tetapi tidak menyentuhnya dan selepas itu mengambil selimut dan menutupnya. Ia kemudian memakai jubah tuala dan pergi ke sofa yang berada dalam bilik itu. SP3 telah kemudiannya bangun dari tidur dan ia melihat darah di atas katil. Ia juga. melihat ada darah di tempat lain. Ia telah bertanya SP3 mengenai darah itu dan beliau menjawab “adalah menses yang serious”.

Perayu juga menafikan ia berpelukan dengan SP3 dengan pengetahuan beliau mabuk dan seterusnya mengambil kesempatan untuk membawanya ke biliknya. Ia menafikan ia telah menanggalkan pakaian SP3 dan melakukan kekerasan jenayah ke kemaluan SP3 sehingga menyebabkan kecederaan parah yang mengakibatkan banyak pendarahan. Perayu ada mengakui ia pergi ke hotel itu bersama SP3 dan Roslan dan bahawa ia yang memandu kereta. Ia menafikan ia tidak bercakap benar apabila ia menyatakan SP3 hendak pergi ke tempat letak kereta semasa beliau hendak beredar dari biliknya. Walau bagaimanapun ia akui ia tahu SP3 tidak ada kereta. Perayu juga menafikan cadangan pihak pendakwaan bahawa ceritanya tentang SP3 ada berbual dengan dua lelaki cina di lobi hotel itu adalah rekaannya. Perayu menyatakan pada malam itu ia tidak tahu SP3 telah berumah tangga.

Di penutup kes pembelaan hakim perbicaraan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah. Oleh itu ia mendapati perayu bersalah dan mensabitkannya. Ia telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan 8 tahun yang berkuatkuasa dari tarikh tangkap, iaitu, 22 November 1999 dan 10 sebatan. Terhadap keputusan itu perayu telah merayu ke Mahkamah Tinggi. Saya telah menolak rayuannya tentang sabitan dan hukuman pemenjaraan tetapi telah mengurangkan hukuman sebatan yang dijatuhkan dari 10 sebatan ke 3 sebatan. Terhadap keputusan itu perayu merayu ke Mahkamah Rayuan.

Dalam hujahnya peguam perayu mendesakkan hakim perbicaraan tersalah dari segi undang-undang dan fakta apabila ia memanggil perayu untuk membela diri kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie. Ia bertikai pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati-intipati penting pertuduhan tersebut. Peguam hujah dalam alasan penghakimannya hakim perbicaraan membuat rujukan kepada Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes (Jilid 2) (Edisi ke-24) di ms 1696 berkenaan seksyen 354 Kanun Keseksaan India yang berbunyi:-

3. Ingredients – Before this section may apply, the following essentials must be present:

(i) There must have been assault or use of criminal force on a woman;

(ii) Such assault or use of criminal force must have been made:-

(a) with intention to outrage her modesty; or

(b) with knowledge that her modesty was likely to be outraged.

Setelah merujuk kepada petikan yang diturunkan di atas, hakim perbicaraan menyatakan:-

“Ingredien pertama ‘assault or criminal force’ kedua-duanya telah dibuktikan tanpa sebarang keraguan dengan terdapatnya kecederaan yang teruk dibahagian kemaluan mangsa dan dari rumusan keterangan diatas adalah jelas bahawa kecederaan dialami sewaktu mangsa berada dalam bilik dengan tertuduh dan tertuduh yang melakukan kecederaan itu.”

“Ingredien kedua iaitu semasa melakukan ‘assault’ atau ‘criminal force’ tertuduh perlu ada niat untuk mencabul kehormatan telah terbukti dengan sendirinya melihat kepada dimana kecederaan berlaku. Tiada pertikaian bahawa kemaluan seorang perempuan adalah tempat paling sulit baginya. Dalam buku Ratanlal di ms 1697 dinyatakan demikian

“The Supreme Court has held that when any act done to or in the presence of a woman is clearly suggestive of sex according to the common notions of mankind that act will fall within this section. The essence of a woman’s modesty is her sex. The culpable intention of the accused is the crux of the matter. The reaction of the woman is very relevant, but its absence is not always decisive, as for example, when the accused with a corrupt mind stealthily touches the flesh of a sleeping woman, She may be an idiot, she may be under the spell of anaesthesia, she may be sleeping, she may be unable to appreciate the significance of the act; nevertheless, the offender is punishable under this section.”*

(*State v. Major Singh MR [1967] SC 63: [1967] Cri LJ 1 (SC)).

Peguam bertikai tiada keterangan yang menunjukkan perayu yang menggunakan kekerasan. Bagi menyokong pendirian ini, peguam merujuk kepada keterangan SP3 yang berbunyi:-

“Di Shangrila Hotel kami minum di “The Pub”. Sebelum pergi ke Shangrila Hotel saya tidak tahu OKT menginap di Hotel tersebut. Saya minum 3 gelas minuman. Selain dari minum kami berbual. Saya ada pergi ke tandas semasa minum. Saya tidak tahu siapa yang bayar untuk minuman tersebut. Dari tandas saya balik ke tempat duduk dan teruskan minum dan selepas beberapa minit saya tidak sedarkan diri. Apabila saya sedar saya dapati ada di tengah katil. Saya bangun lebih kurang 4.00 pagi. Masa sedar saya dapati saya tidak berpakaian. Selain dari saya OKT ada duduk di atas sofa dan ia juga telanjang dan sedang hisap rokok. Saya dapatkan towel robe dan pergi ke bilik air untuk pakai pakaian dan saya dapati tiada pakaian – masa pergi ke bilik air saya rasa ada sesuatu jatuh dari bawah saya dan dapati adalah darah.”

Seterusnya peguam merujuk kepada keterangan perayu yang berbunyi:-

“Saya dan Miss Yen dan Roslan pergi ke hotel lobby. Miss Yen dan saya bercakap dalam bahasa Jepun dan Inggeris. Sampai di lobby En Roslan kata hendak balik dan ia balik. Saya ada luggage di bill counter di lobby. Miss Yen ada di tepi saya. Masa itu bukan dalam keadaan berpelukan.

Saya ambil luggage untuk balik ke bilik. Selepas saya ambil beg saya nampak Miss Yen berbual dengan 2 orang lelaki cina. Mereka berbual di lobby. Selepas itu saya balik ke bilik saya. Sebelum pergi ke bilik Miss Yen tidak datang jumpa saya.

Sebelum ambil beg Miss Yen tidak kata hendak pergi kemana. Selepas itu saya balek ke bilik saya. Miss Yen tidak ikut saya balik ke bilik. Saya guna lif. Dalam lif saya rasa mabuk. Saya sampai ke bilik saya dan gunakan kad untuk masuk dalam. Kad ini saya simpan dalam poket.”

Peguam kemudian berhujah ia akui di peringkat kes pendakwaan ia tidak menyoal SP3 tentang “luggage” itu dan juga tentang dua lelaki cina itu. Ia menjelaskan ia berbuat demikian kerana SP3 telah menyatakan beliau tidak sedar diri. Di samping itu ia ingin menjimatkan masa mahkamah dan oleh itu ia tidak menyoal SP3 tentang perkara-perkara itu. Seterusnya peguam merujuk kepada alasan penghakiman hakim perbicaraan yang berbunyi:-

“Ingin saya tambah di sini walaupun keterangan yang dibentangkan tentang perbuatan tertuduh adalah ‘circumstantial evidence’ hanya satu ‘conclusion’ boleh dicapai iaitu tertuduh yang melakukannya. Adalah penting dimana terdapat ‘circumstantial evidence’ hanya satu ‘conclusion’ perlu dicapai seperti dinyatakan dalam kes Ng Hong Kee v. PP [1966] 1 LNS 117; [1967] 1 MLJ 85 oleh Azmi CJ (Malaya):-

‘At the hearing of the appeal Mr Ajaib Singh quite rightly said that the evidence against the appellant was only circumstantial evidence. It was therefore for the trial court to consider whether these bits of evidence are true having regard to all of them whether they force him to come to one conclusion and one conclusion only that the appellant was guilty.’

Berdasarkan perkara diatas adalah kesimpulan saya pendakwa telah membuktikan kes terhadap tertuduh tanpa sebarang keraguan munasabah dan oleh itu saya telah dapati tertuduh bersalah atas tuduhan terhadapnya.”

Peguam bertikai keterangan ikut keadaan (“circumstantial evidence”) itu menjurus ke tiga kemungkinan:-

(i) kemungkinan SP3 dicedera di tempat lain dan mungkin oleh dua lelaki cina itu;

(ii) kemungkinan dari lapuran kimia ada tiga spesimen air mani;

(iii) ada kemungkinan SP3 didatangi haid pada masa itu.

Peguam juga bertikai cerita SP3 tidak disokong oleh keterangan lain dan oleh itu adalah tidak wajar perayu disabit tanpa keterangan menyokong. Oleh itu sabitan hendaklah dibatalkan dan rayuan dibenarkan.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan berbunyi:-

Whoever assaults or uses criminal force to any person, intending to outrage or knowing it to be likely that he will thereby outrage the modesty of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years, or with fine or with whipping, or with any two of such punishments.

Seksyen 350 Kanun Keseksaan mentafsirkan “kekerasan jenayah” (criminal force) seperti berikut:-

“Whoever intentionally uses force to any person, without that person’s consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the use of such force illegally to cause, or knowing it to be likely that by the use of such force he will illegally cause injury, fear, or annoyance to the person to whom the force is used, is said to use criminal force to that other.”

Setelah saya meneliti dengan terperinci kes pihak pendakwaan, saya berpendapat desakan peguam perayu bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie tidak berasas. Unsur-unsur kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah:-

(1) Tertuduh menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang.

(2) Tertuduh berbuat demikian dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu.

Fakta-fakta terkemuka kes pendakwaan yang tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan adalah seperti berikut:-

(i) pada hari dan waktu tersebut SP3 dan perayu bersama Roslan hadir di majlis makan malam tersebut di Hotel Equatorial;

(ii) pada jam lebih kurang 11.00 malam hari yang sama ketiga-tiga mereka telah pergi ke “The Pub” di Hotel Shangri-La; SP3 dan perayu telah minum beberapa gelas minuman keras;

(iii) pada hari yang sama, perayu menginap di hotel itu di bilik No. 1523;

(iv) pada jam lebih kurang 1.00 pagi SP3, seperti dalam keadaan mabuk dan gembira, dan perayu beredar dari “The Pub” dalam keadaan berpelukan.

Dalam keterangannya SP3 menyatakan setelah ia minum beberapa gelas ia tidak sedar diri. Pada jam lebih kurang 4.00 pagi ia tersedar dan mendapati ia berada di atas katil dalam sebuah bilik hotel dalam keadaan tidak berpakaian dan melihat perayu sedang duduk di atas sebuah sofa dalam bilik itu dalam keadaan tidak berpakaian juga. Ia telah kemudiannya pergi ke bilik air bilik itu dan mendapati banyak darah sedang meleleh dari kemaluannya. Setelah membersihkan bahagian kakinya, ia telah meminta perayu pakaiannya dan seterusnya bertanya apa yang beliau telah lakukan kepadanya. Perayu tidak menjawab dan berikutnya ia telah beredar dari bilik itu dan menelefon suaminya untuk menjemputnya. Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ia telah mendapatkan rawatan dan pada jam 7.00 malam hari itu telah menjalani pembedahan di hospital Tawakkal. Keterangan doktor yang menjalani pembedahan itu mengesahkan SP3 mengalami kecederaan di bahagian kemaluan dan duburnya dan bahawa kedua-dua bahagian itu hampir tercantum dan ia hampir maut.

Peguam bertikai kes pendakwaan tidak menunjukkan perayu yang mencederakan SP3 dan oleh itu mereka telah gagal mengemukakan satu kes prima facie. Apakah yang dimaksudkan kes prima facie? Dalam Tan Boon Kean v. Public Prosecutor [1995] 3 MLJ 514 Mahkamah Persekutuan telah pun menjelaskan – apa yang dimaksud dengan perkataan-perkataan “prime facie“. Menurut Mahkamah itu, untuk membuktikan suatu kes prime facie, keterangan pihak pendakwaan mesti boleh dipercayai. Suatu kes prime facie adalah kes di mana setiap unsur penting tuduhan itu dibuktikan oleh keterangan yang mencukupi dan melampaui keraguan munasabah dan yang hanya boleh digulingkan dengan mematahkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak yang bertentangan, supaya keraguan munasabah ditimbulkan terhadap kes pihak pendakwaan berkenaan kebersalahan tertuduh.

Dalam kes ini, SP3 menyatakan ia tidak sedar diri setelah minum beberapa minuman keras di “The Pub” di hotel itu dan apabila ia tersedar pada jam lebih kurang 4.00 pagi di bilik itu, ia berada dalam keadaan tidak berpakaian langsung dan mendapati perayu sedang duduk di atas sofa dalam bilik itu dalam keadaan telanjang dan sedang merokok. Setelah menyedari darah sedang meleleh dari kemaluannya dan selepas membersihkan dirinya, ia bertanya perayu apa yang beliau buat terhadapnya. Perayu tidak menjawab. Ia telah pakai bajunya dan beredar dari situ. SP7 yang bekerja di “The Pub” mengesahkan SP3 dan perayu telah minum beberapa minuman keras di situ dan pada jam lebih kurang 1.00 pagi telah beredar dari situ dalam keadaan berpeluk-pelukan. SP7 berpendapat SP3 dalam keadaan mabuk dan gembira.

Pada saya, fakta-fakta yang dibincangkan di atas dengan jelas menggambarkan perayu telah membawa SP3 ke biliknya di hotel itu dan berikutnya menggunakan kekerasan jenayah dengan niatuntuk mencabul kehormatan SP3. Ia penghuni bilik itu dan tidak dipertikaikan bilik itu didaftar atas namanya dan bahawa ia telah dibekalkan dengan kunci bilik itu. Hakim perbicaraan telah mendapati pihak pendakwaan telah membuat satu kes prima facie bagi pertuduhan alternatif itu, iaitu, kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan dan saya tidak mendapati bagaimana ini dikatakan satu keputusan yang salah. Saya mendapati dapatan hakim perbicaraan dapat disokong oleh keterangan yang dikemukakan di peringkat kes pendakwaan. Laporan polis yang dibuat oleh SP3 (ekshibit P.7) kepada SP15 merupakan keterangan menyokong. Laporan itu berbunyi:-

“Pada 18.11.99 jam 7.30 malam saya hadir satu jamuan makan malam di Equatorial Hotel. Pada 18.11.99 jam 11.00 malam, saya bersama Mr Iwabuchi dan Mr Roslan Yahaya pergi ke sebuah pub di Hotel Shangrila, Jln Sultan Ismail, KL. Kami bertiga minum beberapa gelas arak di pub. Tiba-tiba saya tidak sedar diri. Pada 19.11.99 jam 4.00 pagi, saya tersedar dapati berada di bilik no. 1523 Shangrila Hotel. Saya dan Iwabuchi sahaja dalam bilik dalam keadaan bogel. Saya juga dapati kemaluan saya berdarah. Saya tanya Iwabuchi apa yang dibuat olehnya pada saya. Iwabuchi enggan jawab. Saya kemudian memakai pakaian dan meninggalkan hotel itu. Saya seterus berasa sakit-sakit pada kemaluan. Saya seterusnya mendapat rawatan di Pusat Pakar Tawakal. Doktor mengesahkan saya telah dirogol dan diliwat dengan kasar. Saya juga menjalani operation kerana terdapat koyakkan pada kemaluan dan dubur saya. Saya percayai ia dilakukan oleh Mr Iwabuchi, yang merupakan pelanggan syarikat saya. Inilah laporan saya.”

Laporan polis SP3 merupakan keterangan sokongan berdasarkan seksyen 157 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan bagi menyokong testimoni seorang saksi, sesuatu pernyataan dahulu yang dibuat olehnya berhubungan dengan fakta yang sama di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang kompeten di sisi undang-undang menyiasat fakta itu, boleh dibuktikan. Seksyen itu berbunyi:-

“In order to corroborate the testimony of a witness, any former statement made by him whether written or verbal, on oath, or in ordinary conversation, relating to the same fact at or about the time when the fact took place, or before any authority legally competent to investigate the fact, may be proved.”

Dalam laporannya SP3 menyatakan ia percaya perayu ialah orang yang mencederanya. Hakim perbicaraan membuat dapatan keterangan menunjukkan perayu yang mencederakan SP3 dan saya bersependapat dengannya. Keterangan menunjukkan hanya perayu dan SP3 berada dalam bilik itu pada masa yang material. Dalam Public Prosecutor v. Mardai [1949] 1 LNS 65; [1950] 16 MLJ 33, yang juga melibatkan pertuduhan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, Spensor-Wilkinson H berkata:-

“Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated, nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually, convincing or there is some corroboration of the complainant’s story. It would be sufficient, in my view, if that corroboration consisted only of a subsequent complaint by the complainant herself provided that the statement implicated the accused and was made at the first reasonable opportunity after the commission of the offence.”

Dalam Public Prosecutor v. Teo Eng Chan & Ors [1988] 2 CLJ 793 (Rep); [1988] 1 CLJ 425; [1988] 1 MLJ 156 yang melibatkan kesalahan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan, iaitu, rogol Coomaraswamy H mendapat pernyataan pengadu yang dibuat kepada doktor yang memeriksanya juga merupakan keterangan sokongan. Hakim itu berkata (di ms 161):-

“… her statement to Dr Chua and her use of the Mandarin equivalent of the words “gang rape” in that statement within 14 hours afterthe events are to my mind adequate corroboration. The number of hours is not by itself important. Kay’s complaint was made as speedily as could reasonably in the circumstances be expected of her.”

Dalam kes dihadapan saya ini, selain dari laporan polis SP3, keterangan Dr Lee Sin Hong (SP14) juga merupakan keterangan menyokong. Dalam keterangannya SP14 ada menyatakan seperti berikut:-

“I collected blood samples for a full bio-chemistry screen AIU, syphillis, hepatatis ‘B’. I found all to be normal. I collected this blood sample because when the patient gave me the history there was an alleged sexual assault. SP3 gave me the history on 20.11.99 in the morning but I cannot remember the time.”

Walau apapun, SP14 telah menjelaskan kecederaan di kemaluan dan dubur SP3 disebabkan oleh mana-mana objek yang merupai batang atau tongkat yang hujungnya tumpul dan berpendapat persetubuhan seksual atau kedatangan haid atau kejatuhan tidak mungkin akan mengakibatkan kecederaan yang SP3 mengalami. Keterangan SP14 dengan jelas menunjukkan kekerasan jenayah telah digunakan ke atas SP3.

Di samping itu, SP7 menyatakan SP3 dan perayu telah beredar dari ‘The Pub” pada jam lebih kurang 1.00 pagi, iaitu pada 19 November 1999. SP16 pula mengesahkan kali terakhir “keycard” bagi bilik No. 1523 itu digunakan adalah pada 19 November 1999 jam 1.00 pagi. Pada saya, keterangan ini, yang merupakan keterangan menyokong, menggambarkan bahawa perayu telah pulang ke biliknya pada jam lebih kurang 1.00 pagi.

Di lihat secara keseluruhannya, keterangan yang dikemukakan di penutup kes pendakwaan dengan jelas menunjukkan pendakwa telah membuat suatu kes prima facie terhadap perayu, iaitu, bahawa ia telah membawa SP3 ke biliknya dan menggunakan kekerasan jenayah kepada SP3 dan bahawa ia berbuat demikian dengan maksud hendak mencabul kehormatan SP3. Mendasarkan apa yang dibincang di atas, saya mendapat tidak ada keraguan langsung dalam kes pendakwaan. Kesimpulannya saya mendapat keputusan hakim perbicaraan memanggil perayu untuk masuk pembelaanya adalah tepat dan betul berdasarkan keterangan yang dikemukakan di penutup kes pendakwaan. Saya tidak dapat mengesan apa-apa kecacatan.

Dalam pembelaannya perayu akui ia hadir di majlis makan malam tersebut dan selepas majlis bersurai ia telah pergi ke “The Pub” di hotel itu bersama SP3 dan Roslan. Ia mengakui SP3 dan beliau telah minum beberapa minuman keras dan telah beredar dari situ pada jam di antara 12.30 pagi dan 12.45 pagi. Ia juga mengakui ia berpelukan dengan SP3 semasa mereka beredar dari situ. Walau bagaimanapun ia menyatakan ia naik ke bilik seorang diri pada jam lebih kurang 1.00 pagi selepas melihat SP3 berbual dengan dua lelaki cina di lobi hotel itu. Perayu menyatakan ia tidak pasti sama ada pintu biliknya ditutup atau tidak sebelum ia tidur. Ia mendesakkan ia tidur secara berbogel.

Berikutnya pada jam lebih kurang 3.30 pagi ia terjaga dan melihat ada seorang sedang berdiri didepannya. Ia rasa terkejut dan telah pasangkan lampu dan seterusnya melihat SP3 ditepinya dalam keadaan bogel. Ia cuba kejutkan SP3 dan selepas itu telah duduk di atas sofa di bilik itu dan merokok. SP3 telah kemudiannya terjaga, dan ia telah menyoal beliau tentang kehadirannya di bilik itu. SP3 memaklumkan pada jam 3.00 pagi beliau pergi minum bersama dua lelaki cina dan oleh kerana sudah lewat, beliau telah datang ke biliknya dan mendapati pintu terbuka. Oleh kerana beliau rasa panas dan bajunya kotor dengan muntah, ia telah menanggalkan pakaiannya dan tidur di atas katil itu. SP3 kemudiannya pergi ke bilik air dan ia melihat ada darah di atas katil. Berikutnya SP3 telah pakai bajunya dan beredar dari situ. Sebelum ia beredar beliau meminta maaf kerana telah memasuki bilik itu tanpa kebenaran. SP3 berkata ia telah meletakkan keretanya di tempat letak kereta dan mendesakkan ia boleh pergi seorang diri. Perayu menafikan ia ada mencederakan SP3 dan mendesakkan SP3 telah tidur disebelahnya dalam keadaan bogel tanpa pengetahuannya.

Semasa ia diperiksa balas, perayu akui ia berpelukan dengan SP3 semasa mereka beredar dari “The Pub” kerana ia telah minum banyak. Ia menyatakan ia tidak tahu apa mereka buat selepas itu ia tidak bersetuju pintu biliknya boleh tutup dengan sendiri selepas ia masuk. Perayu kemudiannya menafikan ia ada melihat seseorang berdiri didepannya semasa ia terjaga pada jam iebih kurang 3.30 pagi. Pada masa itu ia melihat SP3 sedang tidur disebelahnya dan tidak berpakaian. Ia akui ia pergi ke hotel itu bersama SP3 dan Roslan dengan menaiki keretanya tetapi mendesakkan ia bercakap benar apabila ia menyata SP3 memaklumkan beliau hendak pergi ke tempat letak kereta sebelum beliau beredar dari biliknya.

Di penutup kes pembelaan, hakim perbicaraan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munsabahah dan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah. Oleh itu ia mendapati perayu bersalah dan mensabitkannya. Saya tidak dapat mengesan apa-apa kecacatan dalam keputusan hakim perbicaraan. Pada saya, alasan penghakimannya pada keseluruhan nya menunjukkan ia mengetahui dan memahami setiap unsur penting tuduhan hendaklah dibuktikan oleh keterangan yang mencukupi dan melampui keraguan munasabah. Saya mendapati adalah jelas kesemua unsur-unsur bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seperti diperuntukan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan telahpun dibuktikan melampaui keraguan munasabah, iaitu:-

(i) pada 19 November 1999 perayu telah menggunakan kekerasan jenayah kepada SP3;

(ii) perayu berbuat demikian dengan maksud hendak mencabuli kehormatan SP3.

Dalam State of Punjab v. Major Singh AIR [1967] SC 63, AK Sarkar CJ berkata (di ms 65):

“Intention and knowledge are of course states of mind. They are nonetheless facts which can be proved. They cannot be proved by direct evidence. They have to be inferred from the circumstances of each case. Such an inference, one way or the other, can only be made if a reasonable man would, on the facts of the case, make it. The question in each case must, in my opinion, be: will a reasonable man think that the act was done with the intention of outraging the modesty of the woman or with knowledge that it was likely to do so? The test of the outrage of modesty must, therefore, be whether a reasonable man will think that the act of theoffender was intended to or was known to be likely to outrage the modesty of the woman. In considering the question, he must imagine the woman to be a reasonable woman and keep in view all circumstances concerning her, such as, her station and way of life and the known notions of modesty of such a woman. The expression ‘outrage her modesty’ must be read with the words ‘intending to or knowing it to be likely that he will’. So read, it would appear that though the modesty to be considered is of the woman concerned, the word ‘her’ was not used to indicate her reaction. Read all together, the words indicate an act done with the intention or knowledge that it was likely to outrage the woman’s modesty, the emphasis being on the intention and knowledge.”

Perkataan “woman” yang terdapat dalam seksyen 354 Kanun Keseksaan India tidak wujud dalam Kanun Keseksaan kita yang mana terdapat perkataan-perkataan “any person”. Walau pun demikian, pendapat AK Sarkar CJ boleh di beri pertimbangan sewajarnya. Jika saya tidak salah, perkataan “kehormatan” (“modesty”) tidak ditafsirkan dalam Kanun Keseksaan. Keadaannya adalah serupa dalam Kanun Keseksaan India. Dalam Rupan Deol Bajaj v. KPS Gill [1996] Cr LJ 381, seorang pegawai polis telah didapati melakukan kesalahan yang sama. Mengenai perkataan “kehormatan” (“modesty”), MK Mukherjee J berpendapat seperti berikut (di ms 385):-

“Since the word ‘modesty’ has not been defined in the Indian Penal Code we may profitably look into its dictionary meaning. According to Shorter Oxford English Dictionary (Third Edition) modesty is the quality of being modest and in relation to woman means “womanly propriety of behaviour; scrupulous chastity of thought, speech and conduct.” The word ‘modest’ in relation to woman is defined in the above dictionary as “decorous in manner and conduct; not forward or lewd; shameful”.

Saya mendapati inferens boleh dibuat bahawa kecederaan yang dialami oleh SP3 dengan jelas menunjukkan perayu telah dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada SP3 dengan tiada kerelaannya dengan mengetahui mungkin bahawa dengan menggunakan kekerasan itu ia akan menyebakan kecederaan kepada SP3. Saya berpendapat kecederaan itu dengan jelas menggambarkan ia mengetahui bahawa dengan menggunakan kekerasan sedemikian ia akan mencabul kehormatan SP3. Pembelaan perayu berbentuk penafian sahaja. Ia menyatakan ia naik ke biliknya seorang diri dan tidak dapat pasti sama ada ia telah menutup pintu biliknya dengan sempurna. Ia mendakwa ia tinggalkan SP3 di lobi hotel itu sebelum ia naik ke biliknya memandangkan SP3 sedang berbual dengan dua lelaki cina. Ia mendakwa SP3 memberitahunya ia telah pergi minum di tempat lain dengan dua lelaki cina itu pada jam 3.00 pagi. Ia pula mendesakkan apabila ia tersedar pada jam 3.30 pagi, ia mendapati SP3 berada ditepinya atas katil dan tidak berpakaian. Kewujudan dua lelaki cina itu hanya ditimbulkan di peringkat pembelaan dan hanya dicadangkan di peringkat kes pembelaan. Mengenai ini, peguam ada bertikai ia tidak ditimbulkan semasa SP3 diperiksa balas olehnya kerana SP3 tidak sedar pada masa yang material.

Mengenai isu bahawa SP3 tidak sedar pada masa yang material, perayu masih boleh disabitkan bagi kesalahan ini. Dalam State of Punjab v. Major Singh, supra, AK Sarkar CJ berkata (di ms 66):

If it is proved that criminal force was used on a sleeping woman with intent to outrage her modesty, then the fact that she does not wake up nor feel that her modesty had been outraged would be no defence to the person doing the act. The woman’s reaction would be irrelevant in deciding the question of guilt.”

Dalam Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] 29 MLJ 263, Suffian H berkata (di ms 263-264):

“The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution, if upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.”

Di akhir kes pembelaan hakim perbicaraan mendapati kes pembelaan tidak membawa atau menimbulkan apa-apa keraguan terhadap kes pendakwaan. Ia berpuas hati melebihi keraguan munasabah bahawa perayu telah melakukan kesalahan itu. Saya tidak dapat mengesan apa-apa kecacatan dalam keputusannya.

Tentang hukuman, seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan barang siapa yang didapati menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang dengan maksud hendak mencabul kehormatan orang itu hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada siksaan-siksaan itu. Saya mendapat hukuman penjara selama 8 tahun yang djatuhkan ke atas perayu oleh hakim perbicaraan adalah tepat dan wajar dan oleh itu saya teiah mengesahkannya. Walau bagaimanapun saya mendapat sebatan sebanyak 10 kali yang dikenakan adalah tidak bersesuaian memandangkan perayu adalah pesalah pertama dan oleh itu saya telah kurangkannya kepada 3 sebatan.

Categories: Case Law Studies
  1. vteuurssxo@gmail.com
    May 4, 2014 at 7:26 am

    go here for the greatest roof replacement available

  1. March 23, 2014 at 8:41 am
    http://www.youtube.com/
  2. March 26, 2014 at 9:23 pm
    link popularity
  3. March 29, 2014 at 7:46 am
    expedition
  4. March 30, 2014 at 3:36 am
    online marketing
  5. April 4, 2014 at 7:47 am
    petsopedia.com/food-and-diet/
  6. April 5, 2014 at 6:36 am
    dog arthritis treatment
  7. May 6, 2014 at 11:39 pm
    como posicionarse en google
  8. May 7, 2014 at 12:55 am
    alcohol
  9. May 7, 2014 at 2:05 am
    alcoholism treatment
  10. May 7, 2014 at 2:12 am
    seo professional perth
  11. May 7, 2014 at 2:56 am
    forever recovery drug addict
  12. May 7, 2014 at 2:57 am
    aforeverrecovery.com
  13. May 7, 2014 at 4:00 am
    servicio de posicionamiento web
  14. May 7, 2014 at 7:57 am
    posicionamiento sem
  15. May 7, 2014 at 9:49 am
    prevent arthritis in dogs
  16. May 7, 2014 at 12:44 pm
    find ford dealerships
  17. May 7, 2014 at 5:34 pm
    marketing company
  18. May 7, 2014 at 7:04 pm
    dog meds for arthritis
  19. May 7, 2014 at 8:56 pm
    combined life insurance
  20. May 7, 2014 at 9:15 pm
    alcoholism causes
  21. May 7, 2014 at 9:48 pm
    Merit Financial reviews
  22. May 7, 2014 at 9:58 pm
    a forever recovery methods
  23. May 8, 2014 at 2:53 am
    dog arthritis relief
  24. May 8, 2014 at 4:54 am
    que es el seo
  25. May 8, 2014 at 5:56 am
    arthritis in dogs
  26. May 8, 2014 at 6:11 am
    posicionamiento sem
  27. May 8, 2014 at 12:30 pm
    search engine strategists
  28. May 8, 2014 at 2:21 pm
    dog arthritis pain
  29. May 8, 2014 at 4:04 pm
    http://perthseod.com/faqs/
  30. May 8, 2014 at 4:17 pm
    how put together your own internet marketing company
  31. May 8, 2014 at 6:59 pm
    arthritis in dogs symptoms
  32. May 8, 2014 at 11:13 pm
    Capital Gold Group unprofessional servces
  33. May 8, 2014 at 11:31 pm
    posicionar un sitio
  34. May 9, 2014 at 12:21 am
    drugs and alcohol
  35. May 9, 2014 at 12:54 am
    drug addiction recovery statistics
  36. May 9, 2014 at 2:29 am
    treatment for cat arthritis
  37. May 9, 2014 at 8:31 am
    agencia de marketing
  38. May 9, 2014 at 9:16 am
    mortgage life insurance companies
  39. May 9, 2014 at 12:29 pm
    ?? - [???? ?? ?????] ?? ?? ????
  40. May 9, 2014 at 4:35 pm
    alcoholism treatment
  41. May 9, 2014 at 6:02 pm
    msm for dogs
  42. May 9, 2014 at 7:51 pm
    http://charlotte.forddeal.net/
  43. May 9, 2014 at 11:23 pm
    persönliche website von »lizziekra« besuchen
  44. May 10, 2014 at 12:09 am
    posicionamiento web google
  45. May 10, 2014 at 3:45 am
    ford seattle
  46. May 10, 2014 at 7:48 am
    marketing en internet
  47. May 10, 2014 at 12:57 pm
    www.4searchengineoptimization.com
  48. May 10, 2014 at 2:13 pm
    nyc seo company
  49. May 10, 2014 at 5:46 pm
    seo experts
  50. May 10, 2014 at 11:10 pm
    aforeverrecovery.com
  51. May 11, 2014 at 1:18 am
    recovery
  52. May 11, 2014 at 2:51 am
    life insurance policy
  53. May 11, 2014 at 3:38 am
    seo marketing
  54. May 11, 2014 at 4:36 am
    4searchengineoptimization.com/
  55. May 11, 2014 at 4:42 am
    seo valencia
  56. May 11, 2014 at 2:33 pm
    term life insurance rates
  57. May 12, 2014 at 4:09 am
    http://perthseod.com/
  58. May 12, 2014 at 6:44 am
    social media optimization
  59. May 12, 2014 at 6:29 pm
    what is term life insurance
  60. May 12, 2014 at 6:50 pm
    with wordpress 3.0
  61. May 12, 2014 at 9:38 pm
    best term life insurance
  62. May 13, 2014 at 12:49 am
    search engine optimisation sydney
  63. May 13, 2014 at 3:45 am
    seo web
  64. May 13, 2014 at 11:26 am
    posicionamiento sem
  65. May 13, 2014 at 3:24 pm
    online life insurance quotes
  66. May 13, 2014 at 9:27 pm
    empresa de diseño web
  67. May 14, 2014 at 12:27 am
    north american life insurance
  68. May 14, 2014 at 4:03 am
    posicionamiento web
  69. May 14, 2014 at 5:48 am
    posicionamiento organico
  70. May 14, 2014 at 4:33 pm
    servicio de posicionamiento web
  71. May 15, 2014 at 3:41 am
    perth social media marketing
  72. May 15, 2014 at 4:25 am
    local search engine optimisation services
  73. May 15, 2014 at 4:50 am
    www.youtube.com/
  74. May 15, 2014 at 9:12 am
    Quirk VW
  75. May 15, 2014 at 1:32 pm
    Quirk VW
  76. May 16, 2014 at 1:01 am
    perthseod.com
  77. May 16, 2014 at 2:49 am
    rHhXwjB-sXo
  78. May 16, 2014 at 6:51 am
    4Uh4qdSJ11Y
  79. May 16, 2014 at 7:52 am
    Cerame Kia
  80. May 16, 2014 at 8:33 am
    Jim Glover Chevrolet
  81. May 16, 2014 at 7:05 pm
    Cerame Florissant Kia
  82. May 17, 2014 at 7:03 am
    Jim Glover Chevrolet
  83. May 21, 2014 at 1:11 pm
    wage and hour lawyer california
  84. May 22, 2014 at 7:53 am
    board of labor
  85. May 23, 2014 at 11:23 pm
    fair labor standards act
  86. July 18, 2014 at 10:26 am
    baltimore maryland

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: