Home > Breach of Prosecution's Duties, Case Law Studies, Prosecution > Breach of Prosecution’s Duties: NASRUN EFFENDI LWN. PP MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU

Breach of Prosecution’s Duties: NASRUN EFFENDI LWN. PP MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU

NASRUN EFFENDI LWN. PPMAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRUKAMARDIN HASHIM PK[RAYUAN JENAYAH NO: 41-24-2008]24 FEBRUARI 2009Case History :

High Court : [2009] 3 CLJ 388; [2008] 1 LNS 125

PENGHAKIMAN

Kamardin Hashim PK:

Pertuduhan

[1] Nasrun Effendi (OKT) seorang warganegara Indonesia pemegang passport Nol. A 968812 di hadapkan dengan satu pertuduhan seperti berikut:

BAHAWA KAMU sebagai nakhoda pesawat tempatan “KM SELAMAT” pada 20.09.2007 kira-kira jam 7.15 pagi di perairan Malaysia dikedudukan LAT 1′ 15′ 298″ UTARA dan Longtitud 103′ 30′ 20″ TIMUR dalam daerah Pontian, didalam Negeri Johor Darul Takzim telah terlibat dalam mengangkut barang dari kelas barang yang berduti semasa diimport atau dieksport di bawah Perintah Duti Kastam 1996, atau barang larangan di bawah Perintah Kastam (larangan mengenai import) 1998 (P.U.(A) 210/98); iaitu terdiri dari;

(1550 x 50kg beg Gula Pasir)

(1025 x 25kg beg Beras)

172 keping tilam dan

49 beg Tin Kosong

didalam pesawat tersebut tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah Kastam dengan itu kamu telah gagal untuk mematuhi peruntukan Sek. 49(1) Akta Kastam 1967 dan dengan demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek. 138 Akta yang sama.

Latarbelakang

[2] OKT mengaku salah atas pertuduhan tersebut. Atas sabitan, OKT telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000 jika gagal bayar penjara enam bulan. Tuan Majistret Pontian juga mengarahkan barang-barang kes yang dirampas serta pesawat tempatan ‘KM SELAMAT’ dilucuthak kepada Kastam DiRaja Malaysia (KDM) di bawah s. 127(1) Akta Kastam 1967 (Akta). Denda telah dibayar oleh OKT. Hukuman dan perintah Tuan Majistret di keluarkan pada hari yang sama OKT mengaku salah kepada pertuduhan iaitu pada 1 Oktober 2007. OKT pada tarikh tersebut tidak diwakili oleh peguambela.

[3] Tidak berpuashati dengan keputusan Tuan Majistret, OKT telah melantik Tetuan K.M. Ong, Lee & Co. untuk merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut. OKT memohon sabitan dan hukuman denda serta perintah lucuthak diketepikan. Notis rayuan OKT difailkan pada 8 Oktober 2007.

[4] Kemudian, pada 30 Julai 2008, peguambela OKT telah memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Tuan Majistret bertarikh 1 Oktober 2007. Permohonan tersebut dibuat di bawah s. 323 hingga 327 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

[5] Kedua-dua kes rayuan dan permohonan semakan oleh OKT adalah diatas alasan-alasan yang serupa. Alasan-alasan tersebut adalah seperti berikut:

(a) Tuan Majistret tersilap dalam undang-undang dan fakta dalam membuat perintah mensabitkan Pempetisyen Pertama serta melucuthakkan barang-barang bukti P4 hingga P8 tersebut;

(b) Tuan Majistret telah gagal serta cuai untuk memberi cukup pertimbangan serta penelitian kepada keseluruhan isi kandungan pertuduhan serta fakta kes tersebut khususnya wujudnya suatu kecacatan dalam pertuduhan dan fakta kes yang langsung tidak memdedahkan suatu kesalahan yang boleh diiktirafkan di bawah 49(1) Akta Kastam, 1967 khususnya keberatan “net registered tons” bot tempatan langsung tidak disebut;

(c) Tuan Majistret telah gagal untuk meneliti secara terperinci wujud suatu kecacatan terhadap perihal barang-barang yang diangkut dalam pertuduhan iaitu barang dari kelas barang yang berduti semasa diimport atau dieksport di bawah Perintah Duti Kastam, 1996 atau barang larangan di bawah Peruntukkan Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998(P.U.(A) 210/98);

(d) Tuan Majistret telah gagal untuk mengambil perhatian serta penelitian sewajarnya terhadap kesalahan di bawah pertuduhan di bawah Sek. 49(1) Akta Kastam 1967 iaitu yang sama cuma adalah suatu kesalahan teknikal yang mana perkara utama kesalahan (subject matter of the offence) adalah lesen atau kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kastam dan bukan barang-barang yang diangkut dalam bot tersebut iaitu P4 hingga P8 yang lazimnya dalam kesalahan di bawah Sek. 49(1) dan bukan Sek. 135, yang sama tidak harus diperintah terlucuthak;

(e) Tuan Majistret telah tersilap dalam undang-undang dan fakta dalam memperintah perlucuthakkan bot “KM Selamat” itu dengan langsung tidak memberikan cukup perhatian atau pertimbangan di bawah Sek. 127(1) Akta yang sama oleh kerana bot tersebut tidak langsung digunakan dalam kesalahan di bawah Sek. 49(1) Akta Kastam, 1967 dan kesalahan tersebut adalah tanpa memperolehi suatu kebenaran atau lesen bertulis kepada Ketua Pengarah Kastam terlebih dahulu yang tidak ada kena mengena dengan bot tersebut;

(f) Tuan Majistret telah tersilap dalam undang-undang dan fakta dengan tidak mengambil cukup perhatian terhadap fakta berikut iaitu:

Bot tersebut adalah sebuah bot yang didaftarkan di Negara Indonesia dan pada tarikh kejadian iaitu 20.9.2007 bot tersebut sedang dalam perjalanan setelah berlepas dari Pelabuhan Singapura dan destinasi terakhir adalah di Indonesia. Kargo-kargo yang diangkut oleh bot tersebut berasal dari Singapura dan harus dihantar ke Indonesia untuk pengekspotan ke Indonesia. Berpandukan kepada fakta kes ini, walaupun bot tersebut berada dalam perairan Malaysia, namun demikian ianya adalah dalam ‘transit’ yang mana kargo tersebut bukan bagi maksud pengekspotan ke Malaysia. Oleh sebab itu, perlucuthakkan bot tersebut serta kargonya adalah suatu hukuman yang amat keras terhadap OKT-OKT.

(g) Dalam semua keadaan ini, keputusan Tuan Majistret untuk mensabitkan OKT Pertama serta untuk melucuthakkan barang-barang bukti P4 hingga P8, sememangnya bertentangan dengan jumlah keterangan yang dikemukakan.

[6] Rayuan OKT telah didengar pada 10 Februari 2009. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah telah membenarkan rayuan OKT, sabitan diketepikan, barangan yang dirampas dikembalikan (sekiranya barangan telah dijual, hasil dikembalikan kepada tuanpunya) dan wang denda yang dibayar dikembalikan kepada OKT. Pendakwaraya sekarang merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan perintah saya tersebut.

Fakta Kes

[7] Fakta ringkas kes seperti dikemukakan oleh pihak pendakwa daripada KDM adalah seperti berikut:

Pada 20.9.2007, jam lebih kurang 7.15 pagi, sepasukan Polis Marin yang berpengkalan di Pontian Kukup dengan diketuai oleh Cif Inspektor Ahmad Al Faisal bin Abd. Ghani bersama anggota KPL 96580, L/Kpl. 100953, 143255 dan 145638 dalam menjalankan tugas OP Octupus 1/2007 telah menahan sebuah motorboat Barter Trade “KM SELAMAT” (eks. P8) di kedudukan LAT 01 drjh 15.298″ (Utara)/Longtitud 103 Drjh 30.20″ (Timur) jarak lebih kurang 2 batu nautika dari Tanjung Piai. Pihak Polis Marin telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan menyoal siasat Nakhoda kapal “KM Selamat” yang dikenali sebagai NASRUN EFFENDI passport no. A 05992 iaitu OKT.

OKT telah mengemukakan Manifes dan memaklumkan kepada Cif Insp. Ahmad Al Faisal Abd. Ghani bahawa kapal ini dalam perjalanan dari Singapura untuk singgah ke Batu Pahat dan seterusnya ke destinasi terakhir di Tanjung Pinang. OKT telah memberitahu bahawa muatan barang yang dibawa adalah sepertimana yang tercatat dalam manifest kargo seperti berikut:

* (200 x 50kg beg Gula Pasir)

* (500 x 25kg beg Beras)

Cif Inspektor Ahmad Al Faisal bersama anggotanya telah membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati jumlah Muatan Kargo yang tercatat pada manifest tidak sama iaitu melebihi seperti berikut:

* (1500 x 50 kg Gula Pasir) eks. P4
* (100 x 25 kg Beras) eks. P5
* 172 keping tilam kekabu eks. P6
* tin kosong (49 beg) eks. P7

[8] Barang kes berikut telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan iaitu:

(a) Sanksi

P1

(b) Fakta kes

P2

(c) Laporan polis

P3

(d) Gula pasir

P4

(e) Beras

P5

(f) Tilam

P6

(g) Beg tin

P7

(h) Bot KM SELAMAT

P8

(i) Outward Cargo Manifest

P9; dan

(j) Gambar

P10 (A I)

Hujahan Peguambela Terpelajar

[9] En. KM Ong, peguambela terpelajar berhujah bahawa terdapat kecacatan dalam pertuduhan yang dihadapkan kepada OKT. Selain itu fakta kes di eks. P2 juga dikatakan telah tidak mendedahkan satu kesalahan di bawah sek. 49(1) Akta Kastam, 1967, khususnya perihal berkaitan ‘local craft’ (pesawat tempatan) peguambela menyatakan bahawa pertuduhan dan P2 gagal menyatakan berat tan pesawat tempatan tersebut iaitu tidak diketahui dan tidak dinyatakan apakah berat tan kapal ‘KM SELAMAT’ (P8) yang terlibat dalam pertuduhan. ‘KM SELAMAT’ merupakan sebuah motorboat dan peguambela berhujah jika berat pesawat tempatan itu melebihi 75 net tonnage maka tidak ada kesalahan yang dilakukan. Menurut peguambela berat bot itu hanya boleh diketahui melalui lesen yang telah dikeluarkan, bagaimanapun lesen bot ‘KM SELAMAT’ tidak dikemukakan sebagai bukti untuk menunjukkan apakah berat sebenar bot itu. Peguam telah merujuk kepada tafsiran ‘pesawat tempatan’ yang diberikan di bawah s. 2 Akta seperti berikut:

“local craft” means any junk, tongkang, perahu, kumpit or other similar type of vessel, and any steam or motor vessel under seventy five net registered tons.

[10] Isu kedua peguambela berhujah mengenai kecacatan pertuduhan ialah berkaitan apakah kesalahan sebenar yang dilakukan oleh OKT iaitu samada kerana mengangkut barang dari kelas barang yang berduti semasa diimport atau dieksport iaitu satu kesalahan di bawah Perintah Duti Kastam 1996, atau satu kesalahan mengangkut barangan larangan iaitu satu kesalahan di bawah Perintah Kastam (larangan mengenai import) 1998 (P.U.(A) 210/98). Kedua-dua kesalahan tersebut bagaimanapun merupakan kesalahan-kesalahan di bawah s. 49(1) Akta dan boleh dihukum di bawah satu peruntukan yang sama iaitu di bawah s. 138 Akta yang sama.

[11] Isu ketiga ditimbulkan oleh peguambela adalah terhadap perintah perlucuthakkan barang-barang kes termasuk bot ‘KM SELAMAT’ oleh Tuan Majistret adalah terlalu berat oleh kerana kesalahan di bawah s. 49(1) Akta hanya satu kesalahan teknikal kerana OKT gagal memperolehi lesen daripada Ketua Pengarah Kastam. Kesalahan di bawah s. 49(1) perlu dibezakan dengan kesalahan-kesalahan di bawah s. 135 Akta. Peguambela bagaimanapun mengakui kesalahan di bawah s. 49(1) merupakan satu kesalahan ‘strict liability’.

[12] Seterusnya, peguambela terpelajar memohon agar sabitan terhadap OKT diketepikan dan/atau dibatalkan. OKT juga memohon supaya perintah pelucuthakkan barang kes P4 hingga P8 juga diketepikan dan wang denda sebanyak RM10,000 dikembalikan kepada OKT/tuan punya dan sekiranya barang kes telah dijual, OKT memohon hasil jualan dikembalikan kepada OKT.

Hujahan Timbalan Pendakwaraya (Tpr) Terpelajar

[13] Hujahan Timbalan Pendakwaraya terpelajar seperti berikut:

(a) OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan di Mahkamah Majistret;

(b) Berdasarkan kepada nota keterangan, OKT faham akan pertuduhan yang dihadapinya dan mengakui fakta kes yang telah dikemukakan di mahkamah tersebut;

(c) Pertuduhan yang dibuat terhadap OKT memenuhi kehendak s. 152 dan 153 KAJ dan berdasarkan rekod, OKT memahami akan pertuduhan yang dihadapinya. Malah, pertuduhan telah dibuat berdasarkan perkataan yang digunakan di dalam s. 49(1) Akta Kastam 1967untuk menerangkan kepada OKT akan pertuduhan yang dihadapinya. Seksyen 49(1) Akta Kastam 1967 menyatakan seperti berikut:

Section 49. Prohibition of carriage of dutiable goods in local craft.

(1) No goods of a class dutiable on import or export or prohibited goods shall be carried in any local craft except with the permission of the Director General and subject to such conditions as the Director General may impose.

(d) Keterangan mengenai berat bot tempatan tidak dinyatakan di dalam s. 49(1) tersebut tetapi ada diterangkan di dalam s. 2 Akta Kastam berkenaan makna ‘local craft’. Pertuduhan yang dikemukakan kepada mahkamah juga telah dibuat berdasarkan perkataan yang digunakan di bawah s. 49(1) tersebut selaras dengan keperluan di bawah s. 152 Kanun Acara Jenayah. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa OKT telah ‘misled’ terhadap pertuduhan yang dihadapinya. OKT mengetahui dan faham akan pertuduhan yang dihadapinya serta fakta kes yang dikemukakan kepada beliau.

(e) Dalam kes ini juga, kesalahan di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967 bukanlah suatu kesalahan yang bergantung kepada berat pesawat tempatan tersebut sepertimana kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang bergantung kepada berat dadah yang dirampas, sebaliknya intipati utama di dalam kesalahan tersebut adalah ketiadaan kebenaran daripada Ketua Pengarah Kastam untuk membawa barang-barang berduti memasuki perairan Malaysia.

(f) Sekiranya OKT masih ingin mencabar tentang ketiadaan berat pesawat tempatan di dalam pertuduhan, perkara tersebut lebih menjurus kepada sabitan yang mana tidak dibenarkan sama sekali di bawah s. 305 Kanun Acara Jenayah kecuali rayuan tersebut terhadap hukuman sahaja.

(g) Selanjutnya hujahan bahawa kapal P8 sebenarnya ‘in transit’ tidak boleh diterima mahkamah. Ini kerana di bawah s. 49 Akta Kastam 1967 intipati kesalahan di bawah s. 49 adalah membawa barangan berduti menggunakan bot tempatan tanpa kelulusan Ketua Pengarah Kastam. Ini bermakna apabila sebuah kapal itu ingin membawa sebarang barangan berduti di dalam perairan Malaysia, samada kapal tersebut ‘in transit’ sekalipun ia hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Kastam. Huraian mengenai perkaraan ‘in transit’ ada dinyatakan di bawah s. 2 Akta Kastam 1967, seperti berikut:

‘in transit’ means taken or sent from any country and brought into Malaysia by land, sea or air (whether or not landed or transshipped in Malaysia) for the sole purpose of being carried to another country either by the same or another conveyance;

(h) Kesalahan dibawah s. 49(1) Akta Kastam 1967 merupakan satu kesalahan ‘strict liability’. Di dalam kes Tumlong Kuandi v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 137, YA Hakim Yusof Abdul Rashid (pada ketika itu) memutuskan seperti berikut berkenaan kesalahan di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967:

On reading the provisions of s. 49(2), I was of the view that the offence thereunder created is a strict liability offence, the commission of which requires no guilty intention or knowledge. Not only the words ‘knowingly’, ‘intentionally’ or ‘willfully’ are not used in s. 49(1) of the Act, the effect of the said section would be nullified if a court were to interpret the provisions as being otherwise than strict liability offence.

Selanjutnya di dalam penghakiman YA Hakim juga memutuskan seperti berikut berkenaan isu ‘in transit’ untuk kesalahan di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967:

If indeed the said goods were on transit then, unless the said goods were expressly exempted, permission of the relevant authority was required. Nothing is simpler than to convey goods in a ‘local craft’ for that purpose. Thus, if in fact the local craft was in transit then it is incumbent on the consignor or consignee of such class of goods to obtain written permission of the relevant authority. In this case the goods were not even accompanied by any manifest or other documents let alone being permitted by the authority to be conveyed in a local craft in Territorial Waters. In the circumstances, should the defence that the vessel was on transit be available, it would render the provisions of s. 49(1) of the Act nugatory and ineffective as a means to cure the intended mischief.

Oleh yang demikian, hujahan OKT bahawa beliau sebenarnya ‘in transit’ tidak harus diterima oleh mahkamah yang mulia ini memandangkan permbelaan tersebut tidak terpakai untuk kesalahan di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967.

(i) Berdasarkan kepada fakta kes, barang-barang berduti telah dibawa dengan menggunakan bot P8 semasa ditahan oleh pihak polis. Setelah pemeriksaan dibuat didapati di dalam kapal tersebut mengandungi barang-barang berduti. Dan pada masa yang sama, tiada kebenaran daripada Ketua Pengarah Kastam diperolehi bagi tujuan tersebut.

(j) Justeru kesalahan di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967 telah dilakukan apabila OKT membawa barang-barang berduti tersebut dengan menggunakan kapal P8 di dalam perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Kastam. Di dalam hal ini mahkamah bukan sahaja perlu meneliti fakta tiadanya kebenaran daripada Ketua Pengarah Kastam sebaliknya perlu juga meneliti bagaimana cara kesalahan tersebut dilakukan (actus reus) oleh OKT. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada fakta kes, P8 ini telah digunakan untuk mengangkut barangan-barangan sepertimana P4 hingga P7, sekaligus menjadikan kesemua barangan tersebut terjumlah sebagai ‘subject matter’ untuk melakukan kesalahan di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967.

(k) Berdasarkan kepada nota keterangan di mahkamah Majistret, perintah perlucutan hak terhadap P4 hingga P8 dibuat di bawah s. 127 Akta Kastam 1967. Seksyen 127 Akta Kastam 1967 menyatakan seperti berikut:

Section 127, Court to order disposal of goods seized.

(1) An order for the forfeiture or for the release of anything liable to forfeiture under this Act shall be made by the court before which the prosecution with regard thereto has been held, and an order for the forfeiture of goods shall be made if it is proved to the satisfaction of the court that an offence against this Act or any regulation made thereunder has been committed and that the goods were the subject matter of or were used in the commission of the offence notwithstanding that no person may have been convicted of such offence.

Mahkamah setelah mendapati suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta Kastam 1967 perlu memerintahkan segala barang-barang yang menjadi intipati kesalahan tersebut dilucuthak walaupun tiada seorang pun yang didapati bersalah. Di dalam kes PP v. Guan Sheng Trading Sdn. Bhd. [1996] 3 CLJ 298, YA Abdul Malek Ishak menyatakan didalam penghakimannya seperti berikut berkenaan s. 127 Akta Kastam 1967:

Likewise here, the innocence of the respondent will not entitle them to the return of the motorlorry and the trailer. This court strictly construes s. 127(1) of the Act against the respondent.

It is my finding, after considering the available evidence, that an offence against the Act has been committed. The goods were the subject matter of an offence under s. 135(1)(g) of the Act and the motorlorry together with the trailer were used in the commission of such offence and, consequently it was mandatory to forfeit both the motorlorry and the trailer.

(l) Di dalam kes Tumlong Kuandi v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 137, YA Hakim Yusof Abdul Rashid (pada ketika itu), memutuskan seperti berikut setelah mendapati suatu kesalahan telah dilakukan di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967:

In the instant appeal an offence under s. 49(1) of the Act had been committed and proved. The tin ore and tin slag were proved to be “good of a class dutiable on import or export” and were the subject-matter of the charge. Such goods were conveyed in the “local craft” seized by the customs. In the circumstances, the order for forfeiture of the “local craft”, tin ore and tin slag was made in accordance with s. 127(1) of the Act.

Oleh yang demikian, keputusan Tuan Majistret untuk melucuthak ekshibit-ekshibit tersebut merupakan satu keputusan yang betul di bawah s. 127 Akta Kastam 1967 memandangkan barang-barang tersebut telah menjadi subject matter of the charge dan suatu kesalahan telah dilakukan dibawah s. 49(1) Akta Kastam 1967.

(m) Malahan juga, keputusan Majistret memerintahkan perlucuthakkan tersebut telah diputuskan oleh YA Hakim Mohd. Zawawi di dalam keputusan beliau terhadap permohonan semakan yang difailkan oleh Pendakwa Raya di mana beliau ada menyentuh berkenaan perlucuthakkan yang dibuat oleh Majistret di bawah s. 127(1) Akta Kastam 1967. Di dalam kes Pendakwa Raya lwn. Nasrun Affendi [2009] 3 CLJ 388 tersebut, Mahkamah telah memutuskan bahawa:

[24] Dalam hubungan ini, mahkamah berpendapat bahawa Tuan Majistret telah bertindak dengan betul apabila beliau telah membuat perintah perlucuthakkan, antara lain, terhadap bot ‘KM SELAMAT’ PADA 1 Oktober 2007, di bawah sek. 127(1) Akta Kastam 1967 setelah responden mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya dan selepas berpuashati bahawa bot tersebut telah digunakan dalam melakukan kesalahan berkenaan.

(n) Walaupun pertuduhan di bawah s. 49(1) tersebut menyatakan bahawa barang-barang yang dibawa adalah dari kelas barang yang berduti, namun pendakwaan tidak perlu membuktikan bahawa barangan tersebut telah diimpot atau diekspot, memadai dengan menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah dari kelas yang dinyatakan. Di dalam kes Tumlong Kuandi yang sama di atas, YA Hakim turut menyatakan seperti berikut:

In my judgment the words “goods of a class dutiable on import or export” found in s. 49(1) of the Act refer to a class of goods included and comprehended under the general description that has the goods been imported into or exported out of Malaysia, customs duties would have been leviable thereon. These goods need not necessarily be prima facie dutiable goods under the Act and it is sufficient if it could be proved that such goods belong to a class of goods which on import or export become dutiable goods. In the circumstances the prosecution need only prove that, on import or export, customs duties are leviable on such goods without having to prove that such goods are in fact imported into or exported out of Malaysia. To accede to the contention of the counsel for the appellant would be to fly in the face of the provisions of s. 49(1) of the Act.

(o) Kesimpulannya, adalah dihujahkan bahawa Majistret yang mendengar kes ini telah membuat satu keputusan yang betul dan mengikut prinsip undang-undang apabila mensabitkan OKT dengan pertuduhan di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967 dan melucuthak eks. P4 hingga P8 di bawah s. 127(1) Akta Kastam 1967.

(p) Selanjutnya bekenaan perkara (h) yang dinyatakan oleh OKT di dalam Permohonan Semakan Jenayah bertarikh 30 Julai 2008 melalui Tetuan KM Ong, Lee & Co., saya menghujahkan bahawa peuntukkan s. 422 Kanun Acara Jenayah adalah terpakai terhadap ketidak aturan pada rekod mahkamah bahawa fakta kes P2 telah diterangkan kepada OKT dan diakui beliau. Tambahan lagi, dalam kes ini OKT telah dituduh di bawah s. 49(1) Akta Kastam 1967 kerana kesalahan membawa barang-barang berduti memasuki perairan Malaysia tanpa mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Kastam. Kesalahan ini merupakan satu kesalahan ‘strict liability’ yang mana tidak memerlukan satu niat (intention) ataupun pengetahuan (knowledge) pada OKT untuk disabitkan dengan kesalahan ini sepertimana yang diputuskan di dalam kes Tumlong Kuandi v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 137; [1982] 1 MLJ 95. Justeru itu, adalah dihujahkan bahawa rekod mahkamah yang menyatakan pertuduhan telah dibacakan kepada OKT adalah memadai memandangkan pertuduhan itu sendiri telah menerangkan dengan jelas kesalahan yang dilakukan OKT dan OKT juga mengakui dan tahu akan kesalahan yang telah beliau lakukan dan akibat daripada pengakuan salah beliau itu. Justeru itu, adalah dihujahkan bahawa tiada miscarriage of justice terhadap OKT dan dengan itu s. 422 Kanun Acara Jenayah adalah terpakai terhadap ketidak aturan yang timbul di dalam kes ini.

Timbalan Pendakwaraya terpelajar memohon supaya rayuan OKT ini ditolak.

[14] Isu-isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Pendakwaraya terpelajar merangkumi juga tiga isu yang telah ditimbulkan oleh peguambela terpelajar dalam hujahannya. Isu-isu tersebut eloklah dijawab serentak satu persatu seperti berikut.

Perayu/OKT Telah Mengaku Salah

[15] OKT adalah seorang warganegara Indonesia. Beliau hadir di hadapan Tuan Majistret sendirian tanpa diwakili oleh peguambela. OKT dikatakan telah mengaku salah dan faham sifat serta akibat pengakuannya. Nota keterangan Tuan majistret tidak menunjukkan perkara-perkara berikut:

(a) Adakah OKT faham Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris dan apakah bahasa yang beliau gunakan semasa memasukki pli. Adakah Jurubahasa digunakan juga tidak dinyatakan.

(b) Nota keterangan tidak menunjukkan barang kes terutama dokumen sanksi (P1), laporan polis (P3) dan manifest (P9) dibaca dan diterangkan kepada OKT akan kandungannya.

(c) Fakta kes (P2) tidak dibaca dan diterangkan kepada OKT semula dan tiada rekod OKT mengakui terhadap fakta kes tersebut (keperluan di bawah sek. 173(b) KAJ)

[16] Di dalam kes Ng Song Luak v. PP [1985] 1 CLJ 365; [1985] CLJ (Rep) 600, diputuskan bahawa terdapat kegagalan oleh Presiden Mahkamah Sesyen waktu itu membaca dan menerangkan fakta kes kepada OKT ditambah lagi dengan terdapat keadaan tuduhan yang defektif, YA Hakim Yusoff Mohamed J membenarkan rayuan OKT didalam kes itu walaupun, pada awalnya OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan. YA Hakim telah menjalankan kuasa semakannya dan mengarahkan satu perbicaraan semula.

[17] Timbalan Pendakwaraya terpelajar menghujahkan bahawa OKT, setelah mengaku salah terhadap pertuduhan tidak boleh membuat rayuan terhadap sabitan. Beliau telah merujuk kepada s. 305 KAJ yang memperuntukkan bahawa apabila seseorang OKT telah mengaku salah dan disabitkan, maka dia hanya boleh merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan sahaja. Hujahan Timbalan Pendakwaraya tersebut tidak sentiasa benar bagi semua keadaan kes. Di dalam kes-kes tertentu dimana mahkamah memutuskan sekiranya terdapat keadaan sabitan itu menyalahi undang-undang maka, mahkamah yang mendengar satu rayuan berhak menyemak dan mengetepikan sabitan itu. Perkara ini telah diputuskan didalam beberapa kes antaranya Mohd. Dalhar Redzwan & Anor v. Datuk Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur [1995] 2 CLJ 209, keputusan mahkamah rayuan, Wong Siak Fon v. PP [1972] 1 LNS 172 dan Ah Poon & Ors v. PP [2006] 5 CLJ 521.

Dalam kes Manokaran & Anor v. PP [1978] 1 LNS 118, Abdool Kader J (ketika itu) memberikan pandangan berikut:

I have however not only extensive powers of revision in criminal proceedings under the provisions of s. 325 of the Criminal Procedure Code but even wider powers conferred by s. 35 of the Courts of Judicature Act 1964, and the deputy public prosecutor agrees that in a case like this where there is an appeal against conviction on a plea of guilty it is open to me to deal with the conviction in the exercise of my powers of revision if the circumstances of the case so warrant. I would merely add that in my view notwithstanding the provision of s. 305 of the Criminal Procedure Code an appeal against a conviction on a plea of guilty will still lie if the charge discloses no offence in law, in which event the conviction itself would be illegal and a nullity.

It is true that the matter complained of in this appeal have been brought to my notice by way of a record of appeal and the proceedings before me are headed in the criminal appeal, but, as I pointed out to counsel on both sides at the outset of this hearing, it is nevertheless open to me notwithstanding this to exercise my powers of revision in this matter, and I referred in the regard to the decision of the Privy Council in Re Chumbidya & Ors [1934] 62 IA 36 to the effect that when the High Court has before it on appeal a record of criminal proceedings, it can proceed to exercise its powers of revision if it chooses to do so and make the requisite order although precluded by another provision in the Criminal Procedure Code from doing so in the appeal. (emphasis added)

[18] Dalam keadaan dimana Fakta dan barang kes tidak dibaca dan diterangkan kepada OKT serta tiada rekod menunjukkan OKT telah mengaku kepada fakta kes P2 serta kes melibatkan seorang warganegara asing yang tidak memahami prosedur mahkamah, sepatutnya Tuan Majistret memberi peluang untuk OKT mendapatkan seorang peguambela dengan menangguhkan terlebih dahulu kes ini. Hujahan pihak pendakwaan bahawa semua kekurangan jika ada boleh ditampong di bawah s. 422 KAJ sukar untuk diterima dalam keadaan kes sekarang. YA Hakim VT Singham dalam kes Ah Poon & Ors v. PP (di atas) telah memberikan pandangan berikut:

[24] On the other hand, it would be a wrong precedent or for the prosecution to assume that the appellate court is obliged in every case where there is a breach of the statutory procedure or rule, to invoke the curable provision under s. 422 of the Criminal Procedure Code as each case will be decided on its own set of facts and circumstances and the nature of the breach. If the court were to entertain the application of the prosecution to invoke the curable provision in each and every case where the blunder is either by the persecution or the court, it would arguably mean that the prosecution may honour the procedure or rules more often by breach rather than observance and this approach is certainly not what the curable provision would mean or intended to be used. The court must look at the particular case objectively taking an extreme position to consider whether the defect could be cured. (See S. Govindasamy v. Public Prosecutor [1948] 1 LNS 60; [1949] 15 MLJ 101 at P 102).

Kecacatan Dalam Pertuduhan

[19] Pihak pendakwaan juga berhujah sekiranya terdapat apa-apa kecacatan dalam pertuduhan ianya boleh ditampong di bawah s. 422 KAJ kecuali sekiranya berlaku ketidakadilan kepada OKT. Saya mendapati dua perkara dalam pertuduhan yang dikatakan mengandungi kecacatan iaitu terdapatnya dua kesalahan yang berbeza iaitu kesalahan mengangkut barangan berduti (prohibited goods) semasa diimport atau dieksport dalam perairan Malaysia tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kastam dan keduanya satu kesalahan mengangkut barangan larangan (prohibited goods) tanpa kelulusan yang sama. Apakah status gula pasir, beras, tilam dan tin kosong? Apakah barangan berduti ataupun barangan larangan dibawah Akta dan Peraturan. Merujuk kepada hujahan Timbalan Pendakwaraya terpelajar, barangan tersebut dikatakan sebagai barangan berduti. Jika ini benar kenapa pertuduhan mengatakan ‘barangan berduti atau barangan larangan’. Kecacatan yang kedua adalah kegagalan pihak pendakwaan menyatakan apakah berat tonnage kapal ‘KM SELAMAT’ dalam pertuduhan dan gagal membuktikan apakah berat sebenar kapal itu. Pihak pendakwaan berhujah bahawa berat kapal tidak berkaitan disebabkan kesalahan adalah kerana kegagalan mendapatkan lesen daripada Ketua Pengarah Kastam. Mahkamah bersetuju ini adalah satu kesalahan ‘strict liability’. Isunya adakah satu kesalahan jika barangan berduti itu diangkut diatas kapal yang melebihi 75 net tan atau dengan kata lain perlukah lesen didapatkan daripada Ketua Pengarah Kastam jika sekiranya barangan itu diangkut dengan kapal yang melebihi 75 net tan iaitu sebuah kapal yang diluar takrifan ‘local craft’? peguambela terpelajar menghujahkan tiada kesalahan dilakukan. Tiada jawapan pihak pendakwaan selain mengatakan ini kesalahan ‘strict liability’ dan kesalahan berlaku jika tiada lesen. Saya mendapati keadaan yang tidak menentu dan mengelirukan dalam pertuduhan yang dikemukakan terhadap OKT ini. Saya mendapati keadaan pertuduhan yang mengandungi dua kesalahan berbeza dan kegagalan menyatakan berat pesawat tempatan yang terlibat telah mengelirukan OKT sehingga menimbulkan prejudis yang menimbulkan berlaku ketidakadilan. Seperti kata Hewart CJ dalam kes R. v. Sussex Justices [1924] 1 KB 256 iaitu:

It is not merely of some importance but of fundamental importance that justice should not only be done but should manifestly and undoubtedly have been seen to be done.

Perlucuthakkan s. 127 Akta Kastam 1967

[20]Seksyen 127 Akta memperuntukkan:

127. Court to order disposal of goods seized

(1) An order for the forfeiture or for the release of anything liable to forfeiture under this Act shall be made by the court before which the persecution with regard thereto has been held, and an order for the forfeiture of goods shall be made if it is proved to the satisfaction of the court that an offence against this Act or any regulation made thereunder has been committed and that the goods were the subject matter of or were used in the commission of the offence notwithstanding that no person may have been convicted of such offence.

(1A) The amount secured under paragraph (a) or (b) of subsection (1) of section 115 or the amount realized by sale under paragraph (c) of the said subsection (1) shall be forfeited by the court if it is proved to the satisfaction of the court that an offence against this Act or any regulation made threunder has been committed and that the movable property in respect of which the amount was secured or realized by sale, as the case may be was the subject matter of or was used in the commission of the offence notwithstanding that no person may have been convicted of such offence.

(2) All things forfeited shall be delivered to a proper officer of customs and shall be disposed of in accordance with the directions of the Director General.

[21] Mahkamah bersetuju bahawa perlucuthakkan di bawah s. 127 Akta, pemakaiannya adalah cukup luas meliputi apa sahaja barangan yang terlibat didalam satu kesalahan, walaupun tiada sesiapa disabitkan dengan kesalahan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan hendaklah terlebih dahulu membuktikan bahawa satu kesalahan telah berlaku. Di dalam kes di hadapan kita sekarang adakah satu kesalahan telah berlaku dan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan? Terdapat keraguan samada kesalahan telah berlaku oleh kerana kecacatan dalam pertuduhan seperti dihuraikan di atas. Adakah satu kesalahan jika ‘KM SELAMAT’ tidak terjumlah dalam takrifan pesawat tempatan (local craft). Timbul keraguan mengenai isu ini dan faedah hendaklah memihak kepada OKT.

[22] Timbalan Pendakwaraya terpelajar telah merujuk kepada keputusan awal dalam kes yang sama berkaitan perintah perlucuthakkan barang kes yang melibatkan isu ‘functus officio’ Tuan Majistret yang membicarakan kes ini dan berhujah bahawa YA Mohd. Zawawi Salleh PK telah memutuskan bahawa perlucuthakkan adalah betul (lihat PP lwn. Nasrun Affendi [2009] 3 CLJ 388). Oleh itu dihujahkan mahkamah ini tidak seharusnya membuat perintah yang berlawanan. Dengan hormatnya, saya tidak bersetuju dengan hujahan tersebut. Kes di hadapan YA PK itu merupakan satu keputusan dan pandangan diberikan dalam satu kes semakan, manakala di hadapan saya adalah berupa satu rayuan. YA PK memutuskan berikut:

[31] Berdasarkan kepada alasan di atas, menurut s. 316 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah dengan ini membenarkan permohonan semakan dan mengenepikan perintah Tuan Majistret pada 23.11.2007 yang membenarkan bot ‘KM SELAMAT’ dilepaskan dengan bon mahkamah di bawah sek. 407 Kanun Prosedur Jenayah. Perintah ini tidak akan dengan apa cara pun menjejaskan merit rayuan yang dibuat oleh responden kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Majistret yang dibuat pada 1.10.2007.

Perbicaraan Semula (Retrial)

[23] Pihak-pihak tidak ingin berhujah atas isu ini walaupun, telah diberikan indikasi oleh mahkamah. Walau bagaimanapun, saya telah menimbangkan samada perbicaraan semula wajar diperintahkan dalam kes ini. Pada kebiasaan dan kebanyakkan kes-kes seperti ini, mahkamah akan memerintahkan perbicaraan semula setelah sabitan oleh majistret diketapikan. Walau bagaimanapun, mahkamah mempunyai kuasa budibicara penuh samada untuk memerintahkan perbicaraan semula atau tidak (lihat Tang Hee Hing v. PP [1991] 2 CLJ 916; [1991] 1 CLJ (Rep) 447). Dalam hubungan ini, Mallal’s Criminal Procedure (5th edn) dipara 10476 memberi komen berikut:

A new trial would mean the case is reopened and the accused is retried on all the ‘charges’ originally framed. A retrial would probably be ordered in cases where it is in the interests of justice to order one. The appellate court has a wide discretion. Generally a new trial will be ordered where although there was actually a case to answer, the case was rejected. A retrial may also be ordered when there is misdirection as to the onus of proof, or when the trial judge has prevented the prosecution from adducing all the evidence it has desired to. Sometimes even though there is a fault in the decision of the lower court the appellate court may be able to do justice without ordering a new trial.

Generally a retrial cannot be obtained on the ground that new evidence is produced unless it is shown that such evidence could not have been produced at the first trial since otherwise there would be no finality to the litigation. A retrial will not be ordered where the prosecution has through its fault failed to present its case properly. Indeed a retrial cannot be ordered where to do so would give the prosecution a second chance to make good the inadequacy of their evidence. A retrial will also serve no purpose where the conviction is against the weight of the evidence. In such a case the appropriate step for the appellate court to take is to quash the conviction and set aside the sentence.

[24] Setelah menimbangkan hal keadaan dalam kes ini, dimana terdapat beberapa perkara yang tidak memuaskan terutama kecacatan terhadap pertuduhan dan kegagalan Tuan Majistret mematuhi peruntukkan s. 173(b) KAJ, perintah perbicaraan semula adalah tidak adil kepada OKT. Oleh itu, saya tidak memerintahkan satu perbicaraan semula diadakan didalam kes ini.

[25] Atas alasan-alasan tersebut di atas rayuan dibenarkan. Sabitan dan hukuman Tuan Majistret diketepikan. Perintah perlucuthakkan juga diketepikan dan semua barang kes serta denda yang dikenakan dikembalikan kepada OKT. Tiada perintah untuk perbicaraan semula.

[2009] 1 LNS 102

  1. Jasa SEO
    February 28, 2012 at 6:46 am

    Sorry for the huge review, but I’m really loving the new Zune, and hope this, as well as the excellent reviews some other people have written, will help you decide if it’s the right choice for you.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: